Selasa, 6 Januari 2009

Cerita..

Kenapa Allah hilangkan lidah ikan

Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat Nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia ini. Maka di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.'' Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka membesar-besarkan cerita.'' Bila ditanya apakah hikmah,Baginda menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak boleh berkata,'' Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?'' Sabda Rasulullah SAW, ''setelah Allah menciptakan Adam a.s,maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh Kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke bumi.Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang di jumpai iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,'' Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga daratan,'' Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu,ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain mengenai berita tentang Adam a.s. Oleh kerna Allah tidak menyenagi perbuatan ikan itu lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya. IKHTIBAR:Bahaya bermuka dua.Wallahua'lam.
Ruqaiyah - berita kemenangan tidak sampai padanya
Oleh: Saodah OmarUmmu Jamil adalah watak utama dalam krisis permusuhan antara Abu Lahab dengan Rasulullah s.a.w. Dialah yang banyak mengapi-apikan. Sehingga turut mendesak Abu Lahab supaya memaksa kedua-dua orang anak mereka, Utbah dan Utaibah menceraikan isteri masing-masing - Ruqaiyah dan Ummi Kalsum binti Rasulullah s.a.w. Untung saja pernikahan mereka masih pernikahan gantung. Tidak menjadi masalah besar kepada kedua-dua orang puteri Rasulullah itu.Namun Ruqaiyah tidak sempat lama menjanda. Datang lamaran dari seorang lelaki berusia sekitar 34 tahun yang memang terkenal memiliki budi pekerti mulia dan berharta. Berasal dari kalangan orang kenamaan di Kota Makkah. Bahkan namanya tersohor sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namanya Usman bin Affan.Ruqaiyah r.ha tidak keberatan menerima lamaran itu, begitu jugalah ayahandanya. Malah Usman bin Affan bukan saja menerima Ruqaiyah menjadi isterinya, tetapi juga turut menerima ajaran baru yang dibawa oleh bapa mentuanya itu. Jadilah Usman antara mereka yang terawal memeluk Islam. Sekaligus terpaksa melalui pelbagai bentuk tekanan dan penindasan kafir Quraisy Makkah.Rasul s.a.w. menyuruh berhijrah ke Habsyah mencari periindungan di sana. Tahun ke-5 kenabian berlakulah hijrah yang pertama. Sayidatina Ruqaiyah r.ha bersama suaminya adalah antara mereka yang berhijrah. Sekitar dua tahun berikutnya, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menyuruh kaum Muslimin berhijrah ke Habsyah. Ruqaiyah dan suami yang belum pun lama kembali ke Makkah dari hijrah yang pertama dulu, sekali lagimenyahut seruan baginda s.a.w.Lebih kurang tujuh tahun kemudian, Sayidatina Ruqaiyah r.ha pulang semula ke Tanah Arab. Tidak ke Makkah, sebaliknya terus ke Madinah. Menyambut kepulangannya ialah satu berita yang cukup menghancurkan hatinya. Dia terpaksa menerima suatu kehilangan yang teramat besar. Ibunya sudah tidak ada lagi. Sayidatina Khadijah wafat tidak lama selepas berakhirnya pemulauan 30 bulan yang dikenakan oleh orang-orang kafir Quraisy Makkah ke atas Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib.Ruqaiyah ingin membina kehidupan yang lebih baik di Madinah bersama suami dan seorang anak lelakinya. Sambil sentiasa dalam perhatian ayahanda yang amat dicintai. Namun mehnah dan ujian Allah tidak pernah berjauh lama daripada orang-orang yang beriman kepada Allah. Ruqaiyah akur pada kehendak takdir.Anak yang menjadi sinar hidupnya rupa-rupanya tidak dijanjikan memiliki umur yang panjang. Dia menemui akhir hidupnya dalam usia baru enam tahun. Sedikit sebanyak musibah itu menekan juga jiwa Sayidatina Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w., hingga mengganggu kesihatannya. Sakit yang pada mulanya tidaklah membimbangkan akhirnya kian parah dan berpanjangan, memamah tenaga dan kudratnya.Keadaan memaksa Sayidatina Ruqaiyah r.ha banyak menghabiskan masa di perbaringan. Sayidina Usman r.a. tidak pernah berenggang lama, sentiasa memantau keadaan isterinya. Bahkan sewaktu kaum Muslimin bersiap-siap menyahut seruan jihad terjun ke medan perang buat pertama kalinya dalam sejarah perjuangan Islam iaitu Perang Badar, Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan Sayidina Usman ikut serta. Tinggal saja di Madinah menjaga isterinya yang sedang sakit berat.Berita kemenangan tentera Islam ke atas kafir Quraisy Makkah disambut meriah dan penuh kesyukuran para penduduk Madinah. Tetapi keriangan itu seakan tidak pun menyentuh ke dalam jiwa sanubari Sayidina Usman. Baru sebentar tadi, serentak dengan kedatangan khabar kemenangan tentera Islam di Badar, Sayidatina Ruqaiyah r.ha telah pun menghembuskan nafas yang terakhir.





Sumayyah binti Khayyath - Wanita Pertama Syahid di Jalan Allah


Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman. Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.
Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya. Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslim ah.
Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka. Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan. Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.
Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga. Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.
Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya. Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.
Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).



Ummu Aiman - Ibunda Rasulullah yang kedua


Apabila bercerita tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. namanya pasti tercatat. Jasanya tidak pernah dilupakan. Limpahan kasih sayang yang mengalir dari jiwanya kepada anak yatim bernama Muhammad telah mengangkat martabatnya menjadi insan yang mulia.Dialah Barakah binti Tsa'labah bin 'Amr bin Hishn bin Malik bin Salamah bin 'Amr bin An-Nu'man Al-Habasyiah r.a. Namun dia lebih dikenali dengan nama Ummu Aiman.Pada asalnya dia adalah hamba milik Abdullah bin Abdul Muthalib. Dia telah diwariskan kepada Rasulullah s.a.w. bersama lima ekor unta dan seekor kambing. Rasulullah s.a.w. telah member! beliau kedudukan sebagai ahlul bait dengan kata baginda, "la adalah sebahagian daripada ahlul baitku."Ummu Aiman telah menemani Rasulullah yang ketika itu berumur enam tahun bersama ibundanya Aminah menziarahi saudara-mara mereka di Madinah. Semasa di Madinah Ummu Aiman telah mendengar beberapa orangYahudi yang melihat Rasulullah menyebut: "Dia adalah nabi umat ini dan ini adalah negeri hijrahnya."Peristiwa itu tetap segar dalam ingatan Ummu Aiman dan menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.Setelah sebulan berada di Madinah, Ummu Aiman pun kembali menemani dua beranak itu kembali ke Makkah. Tetapi ketika sampai diAbwa' iaitu suatu tempat antara Madinah dan Makkah, Aminah sakit dan meningga dunia lalu dikebumikan di situ.Ummu Aiman adalah seorang wanita yang memiliki kasih sayang yang cukup dalam.Dalam suasana yang memilukan itu beliau merangkul Rasulullah seperti seorang ibu yang penyayang dan menenteramkan baginda. Ummu Aiman berusaha menghiburkan Rasulullah yang sedang kesedihan.Sekembali mereka ke Makkah, Abdul Muthalib telah memberi amanah kepada Ummu Aiman untuk mengasuh Rasulullah dengan sedaya upayanya. Rasululah yang dapat merasakan kasih sayang dan kecintaan Ummu Aiman telah memanggilnya 'ummi'.Rasulullah telah memerdekakan Ummu Aiman apabila baginda berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid. Ummu Aiman kemudian berkahwin dengan Ubaid ibn Zaid al-Khazraji dan memperoleh seorang putera bernama Aiman ibn Ubaid. Sepeninggalan Ubaid, Ummu Aiman hidup bersendirian. Lalu Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang ingin berkahwin dengan wanita ahli syurga, berkahwinlah dengan Ummu Aiman."Zaid bin Haritsah segera menyahut seruan Rasulullah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang putera bernama Usamah. Ummu Aiman terus mendampingi Zaid sehingga beliau syahid ketika memimpin pasukan perang di medan Mu'tah pada tahun kelapan hijrah.Apabila Rasulullah menyeru umat manusia kepada tauhid yang benar, Ummu Aiman tidak teragak-agak segera menyahut seruan itu dan menjadi golongan yang awal memeluk Islam.Pengislaman Ummu Aiman lebih awal dari sahabat-sahabat wanita yang lain, sudah pasti kerana beliau telah menyaksikan bukti-bukti kerasulan pada diri Rasulullah sebelum itu.Seperti kaum muslimin lainnya, Ummu Aiman turut mendapat azab seksa dari pembesar-pembesar Quraisy pada awal kedatangan Islam di bumi Makkah. Ummu Aiman adalah salah seorang wanita yang mendapatkan kemuliaan dua kali hijrah, iaitu ke bumi Habsyah dan bumi Madinah. Penghijrahannya ke Madinah dilakukan selang beberapa waktu setelah penghijrahan Rasulullah. Ketika itu Rasulullah mengutus Zaid bin Haritsah dan Abu Rafi' r.a. bersama dua ekor unta dan wang 500 dirham untuk membawa dua puteri baginda Fatimah dan Ummu Kalsum serta Saudah binti Zam'ah ke Madinah. Pada ketika itulah Ummu Aiman turut serta dengan membawa bersamanya Usamah bin Zaid.Rasulullah sering datang menjenguk Ummu Aiman dan menyebut-nyebut kebaikannya. Sabda baginda, "Ummu Aiman adalah ibuku setelah pemergian ibuku."Ummu Aiman telah banyak mengikuti peperangan antara Islam dan Quraisy. Beliau telah menyertai perang Uhud dengan tugas memberi minuman kepada mujahidin dan mengubati mujahidin yang terluka.Ummu Aiman bersama sekelompok wanita Muslimin turut menghadiri perang Khaibar. Rasulullah telah memberi kepada Ummu Aiman dan wanita lainnya sebahagian daripada harta rampasan perang. Ketika perang Hunain, Ummu Aiman bersama puteranya Aiman dan Usamah turut sama berperang.Kedua-dua putera Ummu Aiman termasuk dalam kumpulan seratus orang yang setia dan tetap berada di sekitar Rasulullah sepanjang perang tersebut. Semasa perang Hunain, Aiman Ibnu Ubaid telah syahid dan Ummu Aiman reda dengan pemergiannya. Ketika perang Mu'tah suaminya Zaid bin Haritsah yang memimpin pasukan perang menjadi orang pertama yang syahid. Ummu Aiman menerima berita kematian ini dengan penuh sabar dan tenang.Usamah bin Zaid pernah menyandang kemuliaan memimpin pasukan terakhir yang diutus oleh Rasulullah s.a.w. menghadapi Romawi, sedangkan dalam pasukan itu ada sahabat-sahabat istimewa seperti Abu Bakar dan Umar bin Al-Khattab r.a.Ketika Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, Ummu Aiman diliputi kesedihan. Air matanya bercucuran dan jiwanya bergoncang kesedihan. Pada ketika seperti itu Ummu Aiman masih sempat mengarang satu bait syair maksudnya:Mata yang pengasih, air mata menjadi ubat baginyaMaka perbanyaklah untuk menangisinyaKetika manusia mengatakan Rasulullah telahmeninggal duniaInilah puncak segala cubaanTangisilah orang yang baik yang dikurniakan olehAllah kepada kitaOrang yang telah dipilih Allah untukmendapatkan wahyu dari langit.Ummu Aiman sebenarnya tidak begitu fasih berbahasa Arab, sehingga Rasulullah pernah berkata, "Berikanlah kepada Ummu Aiman ketenangan, kerana engkau kurang fasih bercakap bahasa Arab."Walaupun demikian, Ummu Aiman masih mampu mencipta bait-bait puisi yang indah. Ini menjadi bukti tentang kuatnya pengaruh ilmu Rasulullah ke atas diri Ummu Aiman.Sebagai bukti yang menunjukkan luasnya ilmu, fadhilat, akal Ummu Aiman adalah riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya dari Anas bin Malik sebagai berikut, "Abu Bakar berkata kepada Umar al-Khattab ketika Rasulullah meninggal dunia: "Marilah kita pergi ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahinya seperti halnya Rasulullah menziarahinya."Ketika mereka berdua sampai di rumahnya, Ummu Aiman sedang menangis. Lalu Abu Bakar berkata kepadanya, "Apakah gerangan yang membuatmu menangis, bukankah apa yang ada pada Allah lebih baik bagi Rasulullah?"Ummu Aiman menjawab, "Saya menangis bukan kerana tidak tahu kalau apa yang ada pada Allah itu lebih baik bagi Rasulullah, tetapi saya menangis keana wahyu langit sudah terputus dengan kematian Rasulullah."Jawapan Ummu Aiman itu membuatkan Abu Bakar dan Umar berasa sedih dan mereka turut sama menangis.Ummu Aiman sentiasa mendapat kedudukan yang terpuji selama hayatnya dan sesudah wafatnya. Keturunannya dinisbahkan kepada kecintaan Rasulullah sehingga mereka dipanggil dengan sebutan: "Keturunan orang-orang yang dicintai Rasulullah."Sebelum meninggal dunia, Ummu Aiman sempat melihat peristiwa terbunuhnya Umar al-Khattab. Ketika itu dia mengatakan, "Pada hari ini Islam menjadi lemah."Imam Zahabi dan Ibnu Hajar berkata bahawa Ummu Aiman meninggal dunia lima bulan setelah Rasulullah kembali ke rahmatullh. Semoga Allah sentiasa meredai Ummu Aiman dan menjadikannya golongan yang akan menerima catatan amalnya dengan tangan kanan.









Halimatun Al-Saadiyyah ibu susuan Nabi Muhammad S.A.W


HALIMATUN SAADIYYAH, nama yang tidak mungkin dilupakan dalam sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, apatah lagi bila menyentuh tentang keperibadiannya.Dengan kata lain, keperibadian Muhammad adalah dari pantulan keperibadian Halimah al-Saadiyyah, ibu susuan baginda selama dua tahun. Pada hakikatnya, Allah s.w.t telah menentukan Halimah menjadi ibu susuan Nabi s.a.w walaupun pada zahirnya hal itu hanya merupakan suatu kebetulan.Ketika Halimah dan kawan-kawannya datang ke kota Makkah mencari kalau-kalau ada ibu bapa yang hendak mencari ibu susuan kepada anak mereka yang baru lahir. Tetapi setelah mencari ke sana ke mari dan bertanya dari rumah ke rumah di sekitar kota Mekah, ternyata tidak ada orang yang hendak menyerahkan bayi untuk disusukan Halimah akhirnya berjumpa dengan seorang bayi bernama Muhammad, cucu kepada Abdul Muttalib yang sudah tidak mempunyai ayah ketika dilahirkan. Maka yatim inilah yang ditemui Halimah di Makkah untuk diasuh dan susukannya selama dua tahun.Halimah al-Saadiyyah adalah seorang Bani Asad bin Bakr Hawazin. Abdul Muttalib, datuk kepada bayi yang baru lahir ini adalah seorang yang bijaksana dan dapat mengenal hati budi seseorang walau baru sekali berjumpa. Sesungguhnya, Halimah al-Saadiyyah adalah seorang wanita yang penyayang, lemah lembut dan berbudi bahasa. Seandainya, Halimah bukan seorang yang baik, sudah tentu Abdul Muttalib tidak mahu menyerahkan cucunya yang baru lahir itu kepada Halimah.Empat tahun lamanya MUhammad berada di bawah asuhan dan jagaan Halimah. Luar biasa sekali kepandaian Halimah dalam hal mendidik anak, mulai dari akhlak hinggalah kebersihannya. Padahal Halimah hanya seorang wanita kampung. Dan ternyata, hasil didikannya itu menjadikan Muhammad seorang Rasul dan makhluk paling berbudi di antara sekelian umat Islam dari Adam hingga hari kiamat.Halimah juga dalam mendidik Muhammad menanamkan sifatjujur dan amanah kepada nabi junjungan kita. Dan setelah berumur empat tahun satu bulan, Halimah pun menyerahkan semula Muhammad kepada keluarganya. Cinta dan kasih sayang Nabi s.a.w kepada wanita yang telah mengasuhnya, menyusukan dan mendidiknya selama bertahun-tahun memang tidak boleh dilupakan. Ini dapat dilihat tatkala seorang utusan menyampai-kan berita kewafatan ibu susuannya dan baginda Rasul tidak menyembunyikan perasaan sedihnya.Tentu sahaja baginda terkenang saat-saat manis ketika bersama Halimah. Kelembutan, cinta kasih, keikhlasan, kasih sayang dalam asuhannya memang merupakan harta yang tidak dapat dinilai atau di-hargai dengan apa pun yang bersifat material. Setiap anak yang menjadi anak susuan kepada wanita agung ini pasti me-rasakan kesan yang mendalam dari peribadi wanita yang sudah pergi ke rahmatullah.Sesungguhnya kisah Halimah al-Saadiyyah ini diperjelaskan kepada semua wanita yang memelihara dan menjaga anak yatim dengan penuh perhatian, cinta kasih dan kelemah-lembutan. Ketahuilah setiap orang yang mengorbankan segala kepen-tingan demi anak yatim akan beroleh gan-jaran besar terutamanya di hari akhirat. Andainya seseorang itu dipelihara oleh ibu susuan, kenang dan balaslah setiap air susuan yang mengalir dalam badan kita.









Abdurrahman tolak tawaran 100,000 dirham demi agama


IA adalah lukisan nyata mengenai keperibadian Arab dengan segala kedalaman dan kejauhannya. Bapanya adalah orang yang pertama beriman dan ‘Siddiq’, yang memiliki corak keimanan tiada tandingnya terhadap Allah dan Rasul-Nya, serta orang kedua ketika mereka berada dalam gua.Tetapi Abdurrahman termasuk salah seorang yang keras laksana batu karang menyatu menjadi satu, senyawa dengan agama nenek moyangnya dan berhala Quraisy. Pada perang Badar, dia tampil sebagai barisan penyerang pihak tentera musyrik.Pada perang Uhud, dia mengepalai pasukan panah yang dipersiapkan Quraisy untuk menghadapi kaum Muslimin dan sebelum kedua pasukan itu bertempur, lebih dulu seperti biasa dimulai dengan perang tanding.Abdurrahman maju ke depan dan meminta lawan daripada pihak Muslimin. Maka bangkitlah bapanya yakni Abu Bakar as-Siddiq maju ke muka melayani cabaran anaknya itu tetapi Rasulullah menahan sahabatnya melakukan perang tanding dengan puteranya sendiri.Bagi seorang Arab tulen , tidak ada ciri lebih menonjol daripada kecintaannya terhadap apa yang diyakininya. Jika ia meyakini kebenaran sesuatu agama atau sebuah pendapat, maka tidak ubah ia bagai tawanan yang diperhamba oleh keyakinan itu.Tidak dapat melepaskan diri lagi kecuali bila ada keyakinan baru yang lebih kuat, yang memenuhi rongga akal dan jiwanya tanpa syak wasangka sedikit pun, yang akan menggeser keyakinan pertama tadi.Demikianlah, bagaimana juga hormatnya Abdurrahman kepada bapanya, serta kepercayaannya yang penuh kepada kematangan akal dan kebesaran jiwa serta budinya, namun keteguhan hatinya terhadap keyakinannya tetap berkuasa hingga tiada terpengaruh oleh keIslaman bapanya itu.Maka ia berdiri teguh dan tidak beranjak dari tempatnya, memikul tanggungjawab aqidah dan keyakinannya itu, membela berhala Quraisy dan bertahan mati-matian melawan kaum Mukminin yang sanggup mengorbankan jiwanya.Pada suatu hari, bermulalah saat ditetapkan takdir yakni saat menandakan kelahiran baru Abdurrahman bin Abu Bakar Siddiq.Pelita petunjuk menyuluhi dirinya hingga mengikis habis bayang kegelapan dan kepalsuan warisan jahiliyah. Dilihatnya Allah Maha Tunggal lagi Esa di sekelilingnya dan petunjuk Allah menukar dia menjadi seorang Muslim.Secepatnya dia bangkit melakukan perjalanan jauh menemui Rasulullah untuk kembali ke pangkuan agama yang hak. Maka bercahaya wajah Abu Bakar kerana gembira ketika melihat puteranya itu baiat kepada Rasulullah SAW.Mulai saat itu, Abdurrahman berusaha sekuat tenaga menyusul ketinggalan selama ini, baik di jalan Allah mahupun di jalan Rasul dan orang-orang Mukmin.Di masa Rasulullah SAW, khalifah sepeninggalannya, Abdurrahman tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam peperangan, dan tidak pernah berpangku tangan dalam jihad.Pada peperangan Yamamah, jasanya amat besar. Keteguhan dan keberaniannya memiliki peranan besar dalam merebut kemenangan daripada tentera Musailamah dan orang murtad.Bahkan beliau menghabiskan riwayat Mahkam bin Thufeil, yang menjadi otak perencana bagi Musailamah, dengan segala daya upaya dan kekuatannya ia berhasil mengepung benteng terpenting tentera murtad.Di bawah naungan Islam sifat utama Abdurrahman bertambah tajam dan lebih menonjol. Kecintaan kepada keyakinannya dan kemahuan yang teguh untuk mengikuti apa yang dianggapnya hak dan benar.Tiada sedikitpun dia terpengaruh pancingan atau menerusi tekanan, bahkan pada saat gawat, yakni ketika Muawiyah memutuskan hendak memberikan baiat sebagai khalifah bagi Yazid dengan ketajaman senjata.Muawiyah mengirim surat baiat itu kepada Marwan gabenornya di Madinah dan menyuruh membacanya kepada kaum Muslimin di masjid. Marwan melaksanakan perintah itu, tetapi belum selesai membacanya, Abdurrahman bin Abu Bakar bangkit dengan maksud hendak protes: “Demi Allah, rupanya bukan kebebasan memilih yang anda berikan kepada umat Nabi Muhammad SAW, tetapi anda hendak menjadikannya kerajaan seperti di Romawi hingga bila seorang kaisar meninggal, tampillah kaisar lain sebagai penggantinya.”Saat itu Abdurrahman melihat bahaya besar sedang mengancam Islam seandainya Muawiyah melanjutkan rencananya akan merubah demokrasi dalam Islam menjadi sistem monarki di mana rakyat diperintah raja atau kaisar yang mewarisi takhta secara turun temurun.Belum selesai Abdurrahman melontarkan kecaman keras ke muka Marwan, ia disokong segolongan Muslimin yang dipimpin Husein bin Ali, Abdullah bin Zubeir dan Abdullah bin Umar.Di belakang muncul beberapa keadaan mendesak yang memaksa Husein, Ibnu Zubeir dan Ibnu Umar berdiam diri terhadap rencana baiat yang hendak dilaksanakan Muawiyah dengan kekuatan senjata itu.Muawiyah mengirim utusan untuk menyerahkan wang kepada Abdurrahman 100,000 dirham dengan maksud hendak memujuknya tetapi Abdurrahman melemparkan harta itu jauh-jauh.Katanya kepada utusan Mu’awiyah: “Kembalilah kepadanya dan katakan bahawa Abdurrahman tak hendak menjual agamanya dengan dunia.....!”Tatkala diketahuinya setelah itu bahawa Mu’awiyah sedang bersiap-siap hendak melakukan kunjungan ke Madinah, Abdurrahman segera meninggalkan kota itu menuju Makkah.Dan rupanya iradat Allah akan menghindarkan dirinya dari bencana dan akibat pendiriannya ini kerana baru saja ia sampai di luar kota Makkah dan tinggal sebentar di sana, rohnya pun berangkat menemui Tuhannya.Orang-orang mengusung jenazahnya di bahu mereka dan membawanya ke suatu dataran tinggi kota Makkah lalu memakamkannya di bawah tanah yang telah menyaksikan masa jahiliyahnya dan masa Islamnya seorang lelaki berjiwa bebas dan kesatria.









Kisah Penghulu Wanita Di Syurga Syaidatina Fatimah r.a


Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran. Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan. Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya. Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah. Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu. "Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya. Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum. Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah. Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.











Kisah Gadis Ayu


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel ditubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelahan-pelahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.""Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik."Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita,"Saya... telah berzina."Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,"Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,"Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya; Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril."Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?""Ada!" jawab Jibril dengan tegas."Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah S.W.T., bahkan seolah-olah menganggap Allah S.W.T. tidak punyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah S.W.T. itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Allah S.W.T. pasti mahu menerima kedatangannya. (Sumber dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah naskah Al-Qur'an, membunuh 70 orang nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakankewajiban solat dengan istiqomah.














Ahli ibadah dgn pelacur cantik..


Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar. Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu. Wanita pelacur itu berkata: Silakan masuk ke rumahku. Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: Marilah segera mendekatiku. Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu! Wanita pelacur itu kembali bertanya: Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku? Lelaki ahli ibadah itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah. Wanita pelacur itu berkata: Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu. Lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku keluar! Wanita pelacur itu menjawab: Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku. Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini! kata lelaki itu. Wanita itu kembali bertanya: Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku? Lelaki itu menjawab: Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah. Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut. Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu. Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara? Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan. Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini, kata wanita itu. Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.





















Jangan melebihkan ISTERI dari IBU


Kisah Pemuda Alim Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari IbunyaDi zaman Rasullullah s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Satu hari tiba-tiba ia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasullullah dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasullullah, maka Rasullullah menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah, dan apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha­iIIaIIah, tetapi Iidah alqomah tidak dapat menyebutnya.Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu Rasullullah tentang Alqomah. Apabila Bilal sampai di rumah Rasullullah, maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal;"Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".Kemudian Rasullullah s.a.w berkata kepada Bilal;"Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa Rasullullah".LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasullullah, sampal di rumah Rasullullah laIu Ia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasullullah.Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah;"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".Bertanya Rasullullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya, "aku murka kepadanya", IaIu Rasullullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".Maka berkata Rasullullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap La ilaha iIIalIah", kemudian Nabi s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".Kemudian berkata Rasullullah s.a.w.; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasullullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".Maka Rasullullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak". Berkata Rasullullah lagi kepada Bilal; "Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La ilaha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.Maka Rasullullah s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata;"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangka oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.KepadaMu tempat aku berlindong,dan kepadaMu jua tempat aku memohon pertolongan..

Pengikut